PUSAT GEDUNG DATA HIDRAULIK KEBANGSAAN MALAYSIA
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan sebuah aplikasi yang berperanan untuk membantu dan mengalakkan aktiviti R&D air dan persekitarannya melalui penyediaan maklumat dan data R&D terdahulu yang dijalankan oleh pelbagai pihak. Kos pembangunan aplikasi ini adalah RM 1.3 juta dimana Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia (GEDUNG) merupakan sebuah produk ICT yang dibangunkan sebagai sistem sokongan dan sistem penyampaian bagi projek-projek R&D yang dijalankan oleh NAHRIM. Aplikasi yang dibangunkan berteraskan ilmu pengurusan maklumat dan teknologi maklumat yang dijadikan sebagai pelantar dalam membangunkan aplikasi ini, GEDUNG merupakan sebuah aplikasi yang menjadi pusat rujukan dalam mendapatkan maklumat-maklumat penyelidikan air dan persekitarannya serta maklumat berkaitan.
Matlamat utama penubuhan Gedung adalah untuk mengarkib semua laporan penyelidikan air dan persekitaranya ke bentuk digital bagi menjamin maklumat-maklumat penyelidikan yang telah dihasilkan disimpan untuk pelbagai tujuan pada masa hadapan.
Objektif pembangunan aplikasi ini adalah seperti berikut:
Kumpulan sasaran bagi penggunaan Gedung terdiri daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dan minat terhadap penggunaan data dan maklumat penyelidikan air dan persekitarannya seperti berikut:-
Faedah daripada pembangunan aplikasi ini kepada negara dan kumpulan sasaran adalah seperti berikut:
Faedah kepada Negara:
Faedah kepada kumpulan sasaran:
Menjimatkan masa pencarian maklumat dan maklumat yang dikumpul lebih meluas bagi membantu para penyelidik dalam mendapatkan maklumat yang lebih banyak.
Pembangunan GEDUNG merupakan inisiatif NAHRIM dalam membantu dan menyokong aktiviti R&D di Malaysia dalam mendapatkan maklumat penyelidikan air dan persekitaranya yang pernah dijalankan di Malaysia. Kepelbagai simpanan laporan yang merangkumi kepelbagaian topik penyelidikan menjadikan GEDUNG sebuah aplikasi yang memenuhi keperluan dan kehendak penyelidik dalam menjalankan aktiviti R&D.
Penggunaan GEDUNG banyak memberi manfaat kepada penyelidik, institusi penyelidikan, universiti dan lain-lain pihak dalam mendapatkan maklumat penyelidikan dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan air dan persekitaranya. Kesediaan maklumat yang mudah diakses dan penyediaan maklumat yang lebih menyeluruh dan berstruktur dapat membantu pelbagai pihak dalam menjalankan R&D.