red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bi produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Kajian Angkutan Sedimen Pantai Negara

on . Posted in Projek PK Pantai

Nama Projek : Kajian Angkutan Sedimen Pantai Negara
Kod Projek    : P23 17000 009 0001

PENGENALAN
Satu kajian menyeluruh mengenai persekitaran pantai umumnya hakisan pantai pada peringkat nasional telah dijalankan pada tahun 1984-1985. Sebagai sebahagian keperluan di dalam perjanjian pinjaman untuk Projek Sektor Hakisan Pantai dari Bank Pembangunan Asia, laporan di atas telah dikemaskinikan pada tahun 1991; tetapi tumpuan hanya dibuat kepada kejadian hakisan pantai sahaja. Pada tahun 1993-1994; kajian Muara Sungai Negara yang meliputi 100 batang sungai yang mengalir terus ke lautan telah dijalankan. Ketiga-tiga kajian telah membekalkan maklumat terhadap persekitaran. Sejak kawasan pantai telah dan sedang dibangunkan dengan pesat, khususnya beberapa rancangan raksasa berkaitan dengan penebusgunaan kawasan pantai. Pembangunan ini berpotensi untuk mempengaruhi persekitaran pantai termasuk regim angkutan sedimen pantai yang merupakan unsur penting yang menetapkan kestabilan garisan dan profil pantai di bawah tindakan ombak dan air pasang surut. Di antara beberapa sebab kajian ini harus diberi keutamaan adalah hakisan pantai berlaku akibat pembinaan struktur-struktur yang berhampiran persisiran pantai tanpa mengetahui dan memahami pergerakan sedimen di persisiran pantai. Kajian Hakisan Pantai Negara NCES yang dijalankan pada tahun 1986 telah melaporkan bahawa 30% pantai Malaysia mengalami hakisan. Panjang keseluruhan garispantai yang terhakis adalah sepanjang 1,400km untuk 215 kawasan dari keseluruhan panjang garis pantai iaitu 4,800km. Hakisan boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor, diantaranya adalah seperti keadaan semual jadi ataupun tindakan manusia yang melakukan pembinaan struktur di persisiran pantai, dimana ia boleh menghalang pergerakan sedimen. Oleh yang demikian, arah kedudukan struktur yang dibina perlu dikaji bagi mengurangkan kesan-kesan hakisan di kawasan sekitarnya. Kesan terhadap hakisan ini akan memperngaruhi kadar angkutan sedimen di kawasan persisir pantai Negara. Sumber sedimen adalah output yang utama daripada sungai ke perairan laut di Malaysia.Setiap sungai adalah penyumbang dalam peningkatan pertambahan sedimen di perairan Malaysia. Dalam jangka masa yang panjang discharge sedimen ini memainkan peranan yang penting. Pengaliran sedimen yang berterusan dalam perairan laut Malaysia mengubah bentuk morfologi pantai. Penganggaran sedimen discharge adalah faktor yang utama dalam numerikal modelling. Lebih dari 180 sungai menjadi penyumbang ke arah pengangkutan sedimen. Semua sungai utama tidak dapat dianggar dalam Rancangan Malaysia -9. Maka bagi penghasilan model numerikal yang tepat memerlukan input sedimen ini.

 
OBJEKTIF:
 
OUTPUT:
 
  • 1malaysiaapwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • nrejasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun