|
UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2011 PADA 20 September 2011 Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
1. Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 9/2011.
2. Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.
3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari Raya Hari Raya Aidul Fitri dan Salam Kemerdekaan ke-54 kepada semua warga NAHRIM. .
Syawal 1432H Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.
4. Ketibaan Syawal bererti membawa kemenangan bagi kita setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa nafsu.
"Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan" (Surah Al-Baqarah: 185).
Sunat Puasa Enam 6. Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas mengerjakan puasa di bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan bukan wajib.
7. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya nescaya dituliskan baginya puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan). Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahawa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh."
Sempena Sambutan Kemerdekaan 4. Sambutan Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini adalah “Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera” di mana erti kemerdekaan bukan lagi semata‐mata dengan mengibar Jalur Gemilang, tetapi berusaha habis‐habisan bagi membawa negara kita ke tahap kejayaan yang jauh lebih hebat,”. YAB. Perdana Menteri Malaysia semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu menekankan, empat warna pada Jalur Gemilang perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia kerana ia melambangkan hala tuju negara berteraskan prinsip yang melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih gemilang
Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel 6. Sepanjang bulan Ogos yang lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya dilaksanakan dan dihadiri antaranya:
7. Selain itu, NAHRIM telah mengadakan dua (2) lawatan iaitu:
Lawatan tersebut truut disertai bersama Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan ALam Sekitar , Dr. Pauziah Hanum binti Abd Ghani dan beberapa Pegawai Penyelidik lain
Lawatan tersebut telah berjaya memberi pendedahan secara terus dan perkongsian kepakaran di peringkat antarabangsa kepada penyelidik NAHRIM berkaitan Teknologi Integrated Waterscape yang telah terbukti berjaya diaplikasikan pada tasik di Singapura yang menjadikannya harmoni dari segi ekosistem, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti air tasik dan persekitarannya. Lawatan turut disertai oleh Ir. Mohd Zaki Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air, Dr. Pauziah Hanum Abd Ghani, Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar dan beberapa pegawai penyelidik. Perbincangan turut fokus kepada Standard Operating Procedure yang dilaksanakan bagi tujuan pengurusan tasik dan persekitaran tadahannya merangkumi kesediaan unit dan kepakaran pengurusan tasik, pemantauan kualiti air, pemantauan biodiversiti flora dan fauna tasik, pengurusan baja, sistem air kumbahan (sewage and sullage) serta perkongsian maklumat berkaitan kaedah terbaik yang diamalkan Singapura dalam menangani masalah utama tasik yakni pengurusan air ribut, air hujan dan hakisan tanah.
8. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM. Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. Di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan beberapa amanat antaranya adalah:
Diharap agar setiap pegawai menepati arahan berkursus sekurang-kurangnya 7 hari bagi tahun ini.
Diharap agar setiap pegawai mengisi dan mengemaskini Modul Isytihar Harta dan Sasaran kerja tahunan masing-masing di dalam sistem HRMIS
Penutup Warga NAHRIM sekalian, 9. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan kepada semua warga NAHRIM.
Tanpa mengira miskin kaya
Aidilfitri hari kemaafan
Berlapis Cempaka Di Sisi Kekwa,
Rawa Di Tanjung Kemas Dipaku,
Awan Tenang Berseri Hiasan, Kedidi Di Hutan Riuh Belaka;
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.
|