red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Soalan Lazim

on . Posted in Mengenai NAHRIM

Apakah fungsi utama NAHRIM?

Fungsi utama NAHRIM ialah menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang air dan persekitarannya termasuk sumber air, sungai, pantai, kualiti air dan alam sekitar serta geohidrologi. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk fungsi pusat-pusat kajian NAHRIM di laman web.


Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh NAHRIM?

NAHRIM menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang kejuruteran awam dan kejuruteraan struktur yang berkaitan dengan sumber air, sungai, pantai, kualiti air dan alam sekitar serta geohidrologi untuk semua pihak didalam dan luar negara dengan kos yang amat berpatutan. NAHRIM merupakan perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

 NAHRIM juga menawarkan perkhidmatan teknikal melalui 2 kemudahannya iaitu

i) Makmal Hidraulik dan Instrumentasi; dan  

ii) Makmal Kualiti Air. 

Apakah fungsi Makmal Hidraulik dan Instrumentasi?

Makmal Hidraulik dan Instrumentasi berfungsi menjalankan pengujian dan menyediakan fasiliti pemodelan fizikal untuk projek infrastruktur air di pantai, sungai. Kolam sedia ada yang berkapasiti besar dengan kemudahan penjana ombak boleh digunakan untuk menguji peralatan dan produk. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad

Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI)

Tel: 03-89476400 sambungan 6542

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah fungsi Makmal Kualiti Air?

Makmal Kualiti Air menyediakan fasiliti makmal kimia yang terkini untuk projek kualiti air dan mengenal pasti unsur dalam sampel air. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Pn. Syazrin Syima

Pengarah Makmal Kualiti Air 

Tel: 03-89476400 sambungan 6668

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah aktiviti R&D NAHRIM?

Antara aktiviti R&D NAHRIM ialah menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, pembangunan produk, penganjuran persidangan, seminar, kursus, bengkel, kolokium dan pembentangan teknikal, khidmat nasihat dan pameran juga secara kerjasama.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Muhammad Rizal Razali

Bahagian Perancangan Korporat (BPK)

Tel: 03-89476400 sambungan 6575

E-mel: mrizal[at]nahrim[dot]gov[dot]my

 

Perubahan iklim turut memberi kesan kepada kenaikan aras laut. Kajian apakah yang telah dilakukan oleh NAHRIM terhadap isu ini?

Dalam tahun 2010, NAHRIM telah menjalankan Kajian Impak Perubahan Iklim ke atas Peningkatan Aras Laut untuk mendapatkan kadar kenaikan aras laut dan mengenalpasti unjuran peningkatan aras laut di sepanjang pantai negara sehingga 2100. Kajian bertujuan mendapatkan maklumat yang lebih jelas bagi kawasan yang terlibat. Ianya akan dapat mengenalpasti kawasan berisiko yang akan ditengelami air apabila paras air laut meningkat. 

Setelah mengenalpasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi mengalami peningkatan aras laut maksima melalui kajian terdahulu (2010), kajian lanjutan ini dijalankan bagi kawasan-kawasan terpilih yang dikenalpasti mempunyai keadaan topografi yang rendah serta nilai sosio-ekonomi yang tinggi seperti Kuala Kedah, Kuala Terengganu, Sungai Sarawak dan Kota Kinabalu.   

Output kajian ini telah menghasilkan Peta Inundasi Kesan Peningkatan Aras Laut bagi kawasan-kawasan tersebut di atas. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd. Hamid

Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi

Tel: 03-89476400 sambungan 6421

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sungai-sungai di Malaysia yang merupakan sumber utama bekalan air yang sentiasa terancam oleh aktiviti manuasia dan perubahan alam sekitar. Apakah tindakan NAHRIM bagi mengenalpasti penyelesaian kepada isu ini?

Pencemaran air sungai telah menyebabkan air sungai tidak sesuai untuk sumber bekalan air mentah dan perlu dirawat, dan dalam kes-kes tertentu kos rawatan telah meningkat dengan tinggi. Untuk membekalkan air minuman yang selamat dan tanpa gangguan, disebabkan oleh pencemaran, susupan tebing (Bank infiltration, BI) adalah salah satu kaedah terbaik untuk menyediakan air dari sumber sungai dan air tanah.

BI merujuk kepada proses air permukaan meresap dari tebing atau dasar sungai ke telaga-telaga pengeluaran, samaada menggunakan telaga pengumpul menegak atau melintang. Sepanjang laluan, air melalui tanah, menyebabkan kualiti air berubah oleh kerana prose mikrobial, kimia dan fizikal, dan bercampur dengan air tanah. Penyusupan tebing boleh dicapai melalui resapan semula jadi ke dalam takungan penerima, samaada secara telaga cetek yang terletak di dalam aluvium pasir dan kelikir yang berdekatan dengan air sungai, dan galeri penyusupan.

Penyusupan air sungai melalui akuifer akan membersihkan air melalui proses fizikal dan mikrobiologi. Jadi, penggunaan akuifer aluvium boleh memberi manfaat kepada penggunaan air dan pengurusan air. Bahan-bahan pencemar dapat dihapuskan atau dikurangkan dengan ketara, Kekeruhan air permukaan dapat dikurangkan. Ia adalah proses prarawatan yang efektif dan nilai kos yang amat berkesan, yang digunakan dipelusuk dunia dan tapak BI di Jenderam Hilir, Dengkil Selangor, terutamanya untuk pengeluaran air minuman. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

En. Ismail Tawnie

Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi

Tel: 03-89476400 sambungan 6482

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Tasik-tasik di Malaysia sekiranya dipulihara keindahan persekitarannya akan mewujudkan kawasan tumpuan rekreasi untuk manfaat rakyat. Adakah NAHRIM menyumbang kearah pemuliharaan tasik-tasik tersebut?

Air tasik yang dipulihara dengan baik membolehkan aktiviti di air dilakukan. Bagi mencapai matlamat tersebut, NAHRIM mencadangkan untuk menggunakan konsep kawalan biologi dan rawatan air secara bersepadu menggunkan mekanisme penggumpalan yang mesra alam dan pencernaan mikroorganisma sebagai rawatan utama seperti yang telah dilaksanakan di Tasik Botani Perdana, Kuala Lumpur. 

Terdapat pelbagai teknik untuk merawat kualiti air. Walaubagaimanapun, teknik rawatan ke setiap tasik perlu dirancang secara esklusif dengan mengenalpasti punca pencemaran, keadaan fizikal tasik, serta kepelbagian biodiversiti yang terdapat di situ. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ir. Lee Hin Lee

Pengarah Pusat kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS)

Tel: 03-89476400 sambungan 6671

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

{fcomment}

Add comment


Security code
Refresh

  • 1malaysiaapwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • nrejasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun