Perisian Water Quality Index (WQI)
Penyelidikan dan Pengujian Perisian Water Quality Index (WQI)
Pengenalan WQI
Pengenalan
Projek bermula pada Julai 2008, di mana pada peringkat awal kursus-kursus yang telah dijalankan adalah:-
i) Kursus pengumpulan dan analisis data;
ii) Kursus pemprosesan data dengan menggunakan Microsoft Excel;
iii) Kursus asas pengaturcaraan dengan menggunakan Microsoft Excel;
iv) Kursus asas pengaturcaraan dengan menggunakan Microsoft Visual Basic; dan
v) Seterusnya, perisian ringkas hidrodinamik dan kualiti air telah dibangunkan.
Komponen Perisian
i) Pengiraan Water Quality Index (WQI) berdasarkan 6 parameter kualiti air seperti Dissolved oxygen (DO), Biochemical oxygen demand (BOD), Chemical oxygen demand (COD), Ammoniacal nitrogen (AN), Suspended solid (SS) dan pH.
ii) Menentukan status kualiti air berdasarkan ‘index range’ parameter Biochemical oxygen demand (BOD), Ammoniacal nitrogen (AN), dan Suspended solid (SS).
iii) Mengenal pasti status kualiti air dan jenis kelas mengikut klasifikasi Jabatan Alam Sekitar (JAS).
iv) Mengenal pasti kegunaan badan air berasaskan kelas badan air.
v) Terdapat antara muka interaktif seperti gambaran keadaan kualiti air bersih, sederhana tercemar dan tercemar.