red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Seminar Garis Panduan Rekabentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) – NAHRIM Technical Guide No. 2: The Design Guide for Rainwater Harvesting Systems - 25 Februari 2014

on . Posted in Announcement

spah banner

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim NAHRIM akan menganjurkan Seminar Garis Panduan Rekabentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) – NAHRIM Technical Guide No. 2: The Design Guide for Rainwater Harvesting Systems di Mini Auditorium NAHRIM pada 25 Februari 2014.

Latar Belakang:
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) telah dikenalpasti sebagai salah satu sistem pengurusan air yang berkesan, lestari dan kos-efektif dalam jangka masa panjang. Objektif utama pembangunan Garis Panduan Rekabentuk ini ialah untuk menyediakan sebuah bahan rujukan untuk pemaju, kerajaan tempatan, penyelidik dan individu, dalam merekabentuk sesebuah sistem SPAH. Garis Panduan Rekabentuk ini bertujuan untuk melengkapi garis-garis panduan sedia ada yang telah diterbitkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam usaha untuk mengarusperdanakan pembangunan dan penggunaan SPAH di Malaysia.

Objektif:
1. Membentangkan dan mengenengahkan hasil penyelidikan dan pembangunan Garis Panduan Rekabentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) oleh NAHRIM.
2. Menyediakan landasan untuk perbincangan teknikal, maklumbalas dan pandangan daripada pihak kerajaan tempatan, swasta, institut pengajian tinggi dan pihak-pihak lain yang berkepentingan di dalam perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan SPAH dalam memantapkan Garis Panduan Rekabentuk tersebut.

Sasaran Peserta:
Jurutera, Perunding, Pemaju, Kakitangan Kerajaan, Ahli Profesional, Ahli Akademik, Penyelidik, NGO dan Individu Berkaitan dengan bidang Pengurusan Sumber Air & Alam Sekitar serta Perancangan Bandar & Wilayah.

BEM Approved CPD Hours: 3
Penyertaan adalah percuma.

Muat Turun Dokumen:

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun