red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN DATARAN BANJIR

on . Posted in Archives of Activities 2011

KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN DATARAN BANJIR

 

Kolokium Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pengurusan Dataran Banjir telah berlangsung pada 8 Disember 2010 di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM bagi pihak Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE). Acara yang dianjurkan oleh NAHRIM ini telah disertai oleh 120 orang peserta dari beberapa agensi, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya,  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kementerian Pertanian Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Jabatan Kerja Raya (JKR),  Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan, universiti, perunding dan NGO. Sebayak 11 kertas ternikal telah dibentangkan termasuk sesi soal-jawab serta perbincangan berjaya dilaksana seperti yang dirancang.  Hasilnya, beberapa  cadangan yang didapati amat bermanafaat untuk dijadikan fokus penyelidkan  pada masa hadapan seperti berikut:

  1. Usaha penguatkuasaan zon dataran banjir
  2. Mewujudkan peralatan menganalisa risiko banjir secara bersepadu
  3. Pengurusan dataran banjir digabungkan dengan pengurusan tanah
  4. Memasukkan elemen rekreasi, persekitaran, flora dan fauna serta budaya pada dataran banjir
  5. Mencipta produk inovasi perlindungan banjir
  6. Mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan Banjir
  7. Mencari alternatif kepada pembangunan Dataran Banjir
  8. Mencadangkan kes baru sebagai penanda aras dalam Modeling 2 Dimensi
  9. Mengenalpasti lain-lain fungsi yang berkaitan dengan Dataran Banjir
  10. Menjalankan penyelidikan tentang kaitan dataran banjir dan kawasan pelepasan air bawah tanah
  11. Mewujudkan peta kawasan berisiko banjir untuk rujukan jurutera dan perancang bandar
  12. Mengutamakan kesediaan menghadapi banjir, langkah pencegahan dan aktiviti pengawalan
  13. Pengurusan banjir secara bersepadu merupakan penyelesaian terhadap impak banjir dengan menggabungkan  kaedah struktur dan bukan struktur
  14. Pengurusan hutan yang baik menghasilkan sumber air yang baik
  15. Rizab sungai hendaklah digazetkan

pembentang_paper

Antara pembentang kertas kerja.

 

peserta

Antara jemputan yang  dan peserta yang hadir ke majlis perasmian.

 

q_n_a

Sesi soal-jawab dan perbincangan.

 

perasmian

Ucapan perasmian oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM mewakili Dato’ Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) .

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun