red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Kajian Ban Pantai

on . Posted in Studies & Projects

Nama Projek : KajianDekat Ban Pantai Yang Terlimpah Semasa Ribut dan Air Pasang Tinggi
Kod Projek    : P23 17000 009 0004

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara di mana tiga penjurunya dikelilingi oleh lautan. Persekitaran yang dikelilingi air ini menyebabkan banyak isu seperti banjir, limpahan ombak dan hakisan timbul akibat daripada projek-projek pembangunan di sepanjang kawasan pantai. Isu limpahan air tersebut di Malaysia ditangani melalui pembinaan dan pemasangan ban-ban di sepanjang kawasan persisir pantai yang berisiko terhadap masalah ini seperti di negeri-negeri Kedah, Penang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan. Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Banyak struktur konkrit dan ban dibina di kawasan pantai bagi mengukuhkan lagi kawasan pembangunan tersebut daripada dibelenggu oleh masalah hakisan banjir dan limpahan ombak. Beberapa tempat di sepanjang kawasan pantai di Malaysia kerap mengalami hakisan, banjir dan limpahan ombak walaupun kawasan-kawasan ini didapati terlindung kerana kedudukan geografinya. Peristiwa sedemikian ini berlaku satu ke dua kali setahun apabila kejadian ribut adalah serentak dengan keadaan air pasang tinggi. Umpamanya kawasan pantai di antara Tg. Karang ke utara Sekinca yang dipinggiri oleh kawasan dataran lumpur (mudlaf) yang lebar sering dilandai oleh limpahan air yang melampaui ban-ban pantai sehingga terjadinya banjir di kawasan dataran terutamanya pada bulan Oktober dan November. Kejadian sama juga pernah berulang pada 2008 di Johor apabila hujan turun lebat dan pada masa yang sama keadaan air pasang adalah sangat tinggi. Selain itu, perbelanjaan yang diperuntukan untuk pembinaan struktur pengawalan hakisan pantai bagi 1km adalah sejumlah RM 2 juta, oleh itu perutukan yang diperlukan dalam pengawalan pembinaan struktur hakisan pantai bagi 1,400km panjang pantai yang terhakis dianggarkan sejumlah RM 2.8 billion. Inovasi dalam pembinaan struktur penahanan hakisan pantai adalah amat penting supaya penggunaannya dapat memberikan perlindungan yang optimum kepada kawasan persisiran pantai. Selain itu, melalui inovasi ini juga ia secara tidak langsung dapat memberikan satu produk Malaysia yang berpontensi digunakan di secara global di seluruh dunia.

 
OBJEKTIF:



 
OUTPUT:



 
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun