red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Tiga bandar raya perintis teknologi hijau. 26 Julai 2016.

on . Posted in News Clippings 2015

Tiga bandar raya perintis teknologi hijau

Wan Junaidi Tuanku Jaafar diberikan penerangan mengenai teknologi kitar semula oleh Pengarah Urusan Tex Cycle, S. Peery (kanan) selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Pengurusan Alam Sekitar dan Kemampanan 2016 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Presiden Persatuan Penyelidikan dan Pengurusan Alam Sekitar Malaysia (Ensearch), Gobinathan Kumaran Nair. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar komited untuk menjadikan bandar raya-bandar raya utama di Malaysia sebagai bandar raya teknologi hijau sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Me­laka dan Iskandar, Johor dija­dikan sebagai perintis kepada projek berkenaan yang berkonsepkan teknologi hijau dan model sebagai antara bandar hijau pertama di negara ini.

“Kita juga telah mengenal pasti beberapa bandar utama seperti Ipoh, Perak dan Kuching, Sarawak yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai bandar teknologi hijau yang mampu memperlihatkan kewujudan sebuah perbandaran yang sihat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pa­meran dan Persidangan Pengurusan Alam Sekitar dan Kemampanan di sini hari ini.

Menjelaskannya, Junaidi berkata, kementeriannya telah mengga­riskan panduan dan ciri pembangunan dalam kawasan bandar hi­jau antaranya, kesemua bangunan harus mendapat penarafan bangunan hijau, penggunaan lampu LED dan solar, mengitar semula air hujan dan pembinaan laluan khas pengangkutan awam.

Bagaimanapun beliau me­nga­kui kementeriannya berdepan dengan sedikit masalah meman­dangkan untuk merealisasikan objektif itu memerlukan peningkatan kapasiti yang melibatkan kos yang tinggi.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai laporan khas Utusan Malaysia berhubung sindiket curi pasir di Selangor yang dikatakan mengaut pendapatan sehingga RM10 juta, beliau meminta kerajaan negeri berkenaan supaya mengambil tindakan tegas de­ngan segera.

“Tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kita tunggu dan lihat siasatan kerajaan negeri,” katanya. Terdahulu, ketika berucap, beliau memberi­tahu, laporan kementeriannya menunjukkan kira-kira 18.6 juta tan gas karbon dioksida (CO2) berjaya dapat dikurangkan pada tahun 2013.

“Kita menyasarkan pelepasan gas CO2 dapat dikurangkan kira-kira 32 juta tan menjelang tahun 2020,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-bandar-raya-perintis-teknologi-hijau-1.362306#sthash.BasjlToH.dpuf

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun