red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Tutup sekolah jika IPU cecah 200. 4 September 2015.

on . Posted in News Clippings 2015

 

ASMC kesan 395 titik panas di Sumatera dan 82 di Riau: Wan Junaidi

CAMERON HIGHLANDS: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi nasihat kepada Kementerian Kesihatan untuk menghentikan sesi persekolahan buat sementara jika keadaan jerebu semakin teruk, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan untuk berbuat demikian terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

“Kami akan memantau keadaan jerebu. Jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200, itu sudah dianggap bahaya maka sekolah mesti ditutup,” katanya kepada pemberita semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Azizan Ahmad dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Datuk Ir Ahmad Jamaluddin Shaaban.

Dalam pada itu, beliau berkata Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mengesan sebanyak 395 titik panas di Sumatera dan 82 titik panas di Riau, Indonesia kelmarin.

Wan Junaidi berkata kemerosotan kualiti udara dan keadaan berjerebu yang dialami di beberapa kawasan di Pantai Barat dan Utara Semenanjung ketika ini berpunca daripada kejadian jerebu merentas sempadan dari Kalimantan Barat, Indonesia.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Terdahulu, Wan Junaidi merasmikan Projek Sisa Makanan dan Pertanian (NIBS) yang dikelolakan oleh NAHRIM di Ringlet, di sini.

Projek menggunakan sistem Biodigester itu merupakan sistem pencernaan yang mampu mengurangkan pencemaran air dan alam sekitar, menghasilkan baja organik serta menjana gas metana yang digunakan sebagai sumber bahan api dan tenaga elektrik.

Projek yang menelan kos sebanyak RM245,000 itu mampu mencerna makanan dan sayur-sayuran sehingga 20 kilogram sehari. — Bernama

SUMBER: http://www.utusanborneo.com.my/content/tutup-sekolah-jika-ipu-cecah-200

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun