red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Malaysian Book Of Record (MBoR) iktiraf Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)

on . Posted in Arkib Berita 2018

YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah merasmikan National Seminar on Physical Modelling Application and Technology yang ke-5 (5th PhyMAT) & Hydraulic Invention and Innovation Show yang pertama (1st HydrauLIIS) anjuran Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) serta melancarkan pensijilan Malaysia Book of Record (MBoR) bagi Sistem Penuaian Air Hujan terbesar untuk makmal di Malaysia.

Persidangan PHYMAT dan HydrauLIIS berlangsung selama 2 hari bermula 05 hingga 06 Disember 2018 di Kompleks NAHRIM Seri Kembangan. Seminar PHYMAT merupakan acara dwitahunan yang bertujuan mengumpulkan pakar-pakar ini di bawah satu bumbung bagi membentangkan pengalaman dan hasil kajian masing-masing dalam bidang pemodelan fizikal dan secara tidak langsung dapat membina jaringan industri dan menjalinkan kerjasama.

HydrauLIIS pula merupakan program yang julung kali diadakan bagi mempertontonkan, mengetengahkan dan mempertandingkan produk-produk inovasi hidraulik tempatan seterusnya mengiktiraf usaha-usaha yang dilakukan oleh para penyelidik dalam sektor hidro-persekitaran. Malaysian Book Of Record (MBoR) juga telah mengiktiraf Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM sebagai SPAH yang terbesar di Malaysia bagi kategori makmal. Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) telah beroperasi sejak 2007 di dalam bangunan keluasan 12,000 meter persegi.

Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) dilengkapi dengan satu kaedah atau sistem inovasi bagi penggunaan air alternatif untuk pemodelan fizikal yang lebih cekap, mesra pengguna dan menyumbang dalam pemuliharaan alam sekitar.

YBKATSPHYMATIII 

YBKATSPHYMATII

YBKATSPHYMATI

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun