red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

KUNJUNGAN BALAS NAHRIM KE PEJABAT YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK. 10 JAN 2019.

on . Posted in Arkib Berita 2019

10 Jan, 2019. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) selaku pusat fokal kebangsaan berkaitan penyelidikan air dan persekitarannya telah dipelawa oleh Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi mengadakan kunjungan balas ke pejabat berkenaan.

Pelawaan ini dilihat sebagai satu penghargaan yang tinggi daripada sesebuah kerajaan Negeri ke atas NAHRIM bagi potensi kerjasama yang lebih erat berkaitan air dan persekitarannya. Antara agenda utama kunjungan ini adalah untuk melihat sejauh mana isu-isu dan aspek-aspek permasalahan berkaitan air dapat dikenalpasti serta membincangkan secara umumnya bagaimana permasalahan-permasalahan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk di atasi.

Mesyuarat bersempena dengan kunjungan balas ini turut dihadiri oleh YB ADUN Kuala Kurau, Encik Abdul Yunus Bin Jamhari yang memegang portfolio Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan & Negeri berserta Pegawai-pegawai Daerah.

Sebanyak 1000 keping poster dan 1000 keping pelekat kenderaan juga telah diserahkan kepada Pejabat-pejabat Kerajaan dan Agensi di Negeri Perak. Poster dan pelekat kenderaan bertemakan selamatkan bumi kita dan selamatkan air kita bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap kepentingan air dan persekitarannya disamping mempromosi perkhidmatan dan kepakaran NAHRIM sebagai salah sebuah institusi penyelidikan.

NAHRIMkeSUKPERAKII

NAHRIMkeSUKPERAKI

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun