red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Workshop on Strengthening Research Projects and Annual Work Planning of Research Centre for River Management on 22-25 April 2013, Equatorial Hotel, Cameron Highlands.

on . Posted in Archives of Activities 2013

 

    Bengkel Pemantapan Projek Penyelidikan dan Rancangan Kerja Tahunan Pusat Kajian Sungai (PKS), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah dilangsungkan di Hotel Equatorial, Cameron Highlands daripada 22 hingga 25 April 2013. Bengkel ini bertujuan merancang pelan strategik PKS merangkumi projek penyelidikan yang dijalankan dan rancangan kerja tahunan 2013 bagi memantapkan pelan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) secara menyeluruh. Kehadiran bengkel terdiri daripada Yang Berbahagia Ketua Pengarah NAHRIM dan 14 orang pegawai dari PKS. Bengkel dimulakan dengan ucapan selamat datang daripada Yang Berusaha Pengarah Pusat Kajian Sungai (PKS), Prof. Dr. Ir. Nasehir Khan E.M Yahaya.

    Seterusnya, Ceramah Motivasi Ke Arah Peningkatan Produktiviti dan Pemantapan Projek Penyelidikan daripada Prof. Madya Dr. Mohd. Azmier Ahmad dari Universiti Sains Malaysia. Seterusnya, Ceramah Pengurusan Kewangan daripada En. Nazarie Bin Ini dari Bahagian Khidmat Pengurusan, NAHRIM. Pada sebelah petang, diadakan Pembentangan Penstrukturan Semula Organisasi dan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) PKS daripada Pegawai Penyelidik Kanan, En. Azman Mat Jusoh. Selepas pembentangan, semua pegawai diberi peluang terlibat dalam perbincangan dan penetapan RKT serta Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing. Pada sebelah malam diadakan Pembentangan R&D&C daripada Pengarah PKS. Pegawai dari PKS didedahkan kaedah bagi memantapkan R&D&C. Pagi hari kedua yang mulia ini dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Berusaha Pengarah PKS.

   Terlebih dahulu Pengarah PKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah NAHRIM di atas sokongan dan kesudian melapangkan masa untuk sama-sama hadir ke bengkel ini. Seterusnya, Ucapan Pembukaan daripada Yang Berbahagia Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban. Harapan Yang Berbahagia Ketua Pengarah NAHRIM adalah dengan melalui bengkel ini, pelan strategik yang komprehensif dan berwawasan dapat disepakati melalui perbincangan dan percambahan pendapat oleh setiap warga Pusat Kajian Sungai ke arah merealisasikan misi dan visi NAHRIM, khususnya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.

   Selepas itu, diadakan Pembentangan Projek Restorasi Sungai di Korea daripada Pengarah PKS. Yang Berbahagia Ketua Pengarah NAHRIM dan pegawai daripada PKS telah didedahkan kaedah restorasi sungai dari Negara Korea. Kaedah ini diharapkan dapat dilaksanakan di Malaysia untuk memulihkan sungai kepada keadaan semula jadi. Pada sebelah petang, telah diadakan Lawatan Teknikal ke Pejabat dan Tapak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Cameron Highlands. .

   Jurutera Daerah JPS Cameron Highlands, En. Yogendren A/L Ganapathy telah memberi taklimat ringkas di pejabat beliau mengenai kerja-kerja dan isu-isu berkaitan JPS di sekitar Cameron Highlands. Kemudian semua pegawai dibawa ke tapak yang mempunyai risiko banjir di Ringlet. Pada hari terakhir diadakan perbincangan rumusan dan penutup untuk bengkel ini oleh Pegawai Penyelidik Kanan, Ir. Dr. Teo Fang Yenn. Akhirnya, semua pegawai bersurai dan bertolak balik ke tempat asal.

PKSCameron22-25April2013

Gambar bersama Ketua Pengarah NAHRIM

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun