red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Tukun Tiruan

on . Posted in Archive - Product

 

Sistem Tukun Tiruan Hex: Penyelesaian Kejuruteraan Berteraskan Perlindungan Alam Sekitar

 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tukun tiruan telah menjadi satu alternatif yang semakin popular dalam menangani masalah hakisan pantai bukan saja di rantau ini malah di seluruh dunia. Tukun tiruan boleh digunakan untuk mempertahankan dan memulihkan kawasan pantai dan pada masa yang sama dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada pertumbuhan hidupan marin.

 

Hex Reef 1
Hex Reef (PI9908213), sejenis sistem komposit terdiri daripada unit-unit konkrit telah dibangunkan oleh NAHRIM untuk tujuan yang tersebut di atas. Ia adalah satu alternatif kepada penggunaan batu-batan yang selama ini digunakan secara meluas dalam sistem perlindungan pantai konvensional. Hex Reef mempunyai rekabentuk bongkah yang mudah dan boleh dikonfigurasi/diubahsuai untuk menjadi sistem perlindungan pantai/tebing seperti groin, pemecah ombak dan dinding penahan. Pembinaannya juga tidak kompleks dan konfigurasinya boleh diubah suai menjadi satu, dua atau tiga lapisan unit-unit Hex Reef.

 

Struktur Hex Reef yang pertama dalam bentuk groin telah pun di bina di Pulau Layang-Layang, 200 km dari Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1997. Ekoran dari itu, Hex Reef juga telah digunakan sebagai sekumpulan pemecah ombak kecil (mini breakwater) dengan tujuan mewujudkan persekitaran pantai yang kurang bergelora di salah satu bahagian pantai Pulau Layang-Layang tersebut.

 

 

 

Hex Reef 2Kajian makmal telah pun dijalankan untuk menilai kestabilan struktur Hex Reef dalam keadaan ekstrim. Dari kajian ini, beberapa penemuan tentang penyelesaian rekabentuk untuk penggunaan Hex Reef berhampiran pantai telah dibangunkan.

 

Hex Reef 3Penyelidikan tentang keberkesanan penggunaan Hex Reef sebagai perumah batu karang juga sedang dijalankan. Di bawah program kajian tukun/terumbu tiruan yang dijalankan, NAHRIM akan terus menerus meneroka beberapa lagi rekabentuk dan sistem yang sesuai. Dalam masa yang sama, NAHRIM beraspirasi untuk terus menghasilkan penyelesaian kejuruteraan berteraskan perlindungan kepada alam sekitar(Engineering Solution with Environmental Benefits).

 
 
 
 
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun