red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Aplikasi statistik bantu penyelidikan.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2015

No translation available.

Screenshot 36

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini giat mengaplikasikan kaedah statistik alam sekitar bagi membantu kementerian menterjemah hasil penyelidikan dalam bentuk yang mudah difahami, menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang serta polisi.

Menterinya, Datuk Seri G. Palanivel berkata, kementerian itu menerusi Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) menggunakan aplikasi berkenaan dalam menjalankan beberapa penyelidikan, khususnya dalam bidang sains alam sekitar.

Menurutnya, selain itu, aplikasi itu turut digunakan untuk membuat unjuran terhadap peningkatan aras laut dan hidro iklim, mengesan perubahan terhadap morfologi dan ekologi alam sekitar termasuk sungai dan pantai serta menganggar kesan perubahan struktur dan infrastruktur air melalui pemodelan fizikal.

“Penggunaan statistik membantu Nahrim membuat unjuran hidro iklim bagi mengenal pasti kawasan yang berkemungkinan terjejas akibat banjir, kemarau dan hakisan kerana melalui kaedah tersebut, dapat membantu kerajaan membuat persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

“Statistik juga digunakan dalam me-nguji reka bentuk baharu struktur dan infrastruktur air. Projek pembinaan tebatan banjir Sungai Sarawak contohnya, menggunakan model cadangan reka bentuk model struktur terusan yang diuji di makmal sebelum lukisan kejuruteraan dimuktamadkan telah membantu memberi input berguna kepada projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Bersama Statistik Dalam Hidraulik Kedua 2015 (Jossh II 2015) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Nahrim, Datuk Ir. Ahmad Jamalluddin Shaaban; Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (Inspem) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Kamel Ariffin Mohd. Atan dan Pengerusi Jossh II 2015, Prof. Madya S. Mahendran.

Mengulas lanjut, Palanivel berkata, penggunaan statistik alam sekitar bukan hanya tertumpu kepada Nahrim tetapi digunakan secara menyeluruh di semua 12 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Statistik membantu pembentukan polisi seperti Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan, Dasar Sumber Air Negara (DSAN) dan lain-lain dasar serta menyokong usaha kerajaan menerangkan kepentingan sesuatu akta atau peraturan bagi memudahkan penerimaan dalam kalangan rakyat,” jelasnya.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/aplikasi-statistik-bantu-penyelidikan-1.96277

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun