red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2011

PADA 18 FEBUARI 2011

 

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

 

1.       Syukur Alhamdulillah, kerana dengan izin dan kehendakNya, kita sekali lagi dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2011. 

Selamat kembali bekerja saya ucapkan kepada warga NAHRIM setelah bercuti selama 4 hari pada minggu lepas, sempena menyambut Tahun Baru Cina. Harap semua dah kembali bekerja.

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

2.       Sepanjang bulan Januari 2011, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian/Pusat Kajian iaitu:

  • Penganjuran Bengkel Penyediaan Panduan Piawaian dan Kos Bagi Projek Tebatan Banjir pada 27 Januari 2011, bertempat Auditorium NAHRIM. Anjuran Pusat Kajian Sungai

  • Kursus SEAWAT ( software ) pada 18 - 20 Januari 2011, bertempat di Makmal Komputer NAHRIM. Anjuran Pusat Kajian Geohidrologi.
  • Kursus SPSS (software ) pada 31 Januari 2011, juga bertempat di Makmal Komputer NAHRIM. Anjuran Bahagian Perancangan dan Penilaian.

3.       Selain itu juga, pada 26 januari 2011, kita telah dikunjungi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Lawatan Teknikal ini telah disertai oleh 30 Kakitangan JKR. Tujuan mereka mengadakan lawatan ini adalah memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang pemodelan fizikal kepada pegawai-pegawai baru JKR.

4.       Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat. Kerjasama serta pengorbanan masa dan tenaga tuan/puan amat saya hargai dan sanjungi. Besar harapan saya, agar NAHRIM juga dikenali sebagai sebuah Jabatan yang mampu menganjurkan program atau aktiviti yang terbaik dan berkesan. Insyaallah. 

 

Dr. Pn Pauziah

5        Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pn Pauziah kerana telah dikurniakan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Oleh itu, segala urusan berkaitan dengan beliau hendaklah menggunakan nama penuh barunya iaitu  Dr. Pauziah Hanum binti Abdul Ghani. Saya harap kejayaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua Warga NAHRIM untuk berusaha mendapatkan PhD masing-masing dalam konteks menjadikan NAHRIM Pusat Rujukan Air dan Persekitaraan nya menjelang 2030. Tahniah sekali lagi saya ucapkan. 

 

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

Kejohanan Sukan NRE 2011

6.       Untuk makluman awal warga NAHRIM sekalian, Kejohanan Sukan NRE 2011 telah dijadualkan pada 15-17 Julai 2011, bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Pada kejohanan kali ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah dipilih sebagai urusetia kejohanan. Email mengenai perkara ini dan langkah persediaan telah dihantar oleh biro sukan. Dengan merujuk kepada Pelan Tindakan Sukan NRE 2015. Pada Kejohanan kali ini Kejohanan Sukan NRE 2011, NAHRIM telah sasarkan tempat keempat.

7.       Saya mengandaikan kita semua telah bersetuju dengan Pelan Tindakan ini, dan semua warga NAHRIM akan memberi kerjasasama, bersemangat dan berusaha gigih diantara satu sama lain. Besarlah harapan saya, agar kita semua mampu merealisasikan Pelan Tindakan yang telah dibuat. Insyaalah

 

Surat daripada MAMPU ( Usaha-usaha Memantapkan Amalam Senyuman Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam )

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

8. Sebagaimana kita semua sedia maklum, penyampaian perkhidmatan awam yang merangkumi ekspektasi rakyat dan pelanggang merupakan komitmen kerajaan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Perkhidmatan Awam yang berkesan bukan sahaja memerlukan kerajaan menyediakan system penyampaian yang berteras kepantasan, inovatif, berintegriti dan nilai untuk wang ( Value for money ), malah turut menuntut penjawat awam mengamalkan nilai-nilai murni serta berbudi bahasa termasuklah memberi senyuman ikhlas semasa berurusan dengan orang ramai.

 

9 Selaras dengan aspirasi tersebut, saya meminta kepada semua warga NAHRIM, agar amalan memberi perkhidmatan dengan senyuman, menjadi amalan yang berterusan. Amalan ini juga harus disemai bukan sahaja kepada pelanggan, malah semua rakan sekerja. Jangan sesekali bermasam muka, sebaliknya teruskan amalan bekerjasama. Saya amat berharap, agar budaya mesra dan berbudi bahasa menjadi amalan berterusan di NAHRIM.

 

Penutup

Hayati Maulidul Rasul

10.     Pada hari selasa lepas, 12 Rabiulawal 1432.  kita telah bercuti sempena menyambut Maulidul Rasul. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu, Sambutan sebegini tidak memadai dengan renungan dan peringatan zahir sahaja, pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan perlu diamalkan. Saya menyokong penuh dengan Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah mampu menjadi jambatan dalam memupuk perpaduan, samada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat.

 

11      Sama-samalah kita merenung Titah Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu  sentimen perkauman yang sempit mestilah dibanteras dari awal sebelum ia membarah dalam masyarakat. Bersamalah kita membina negara yang tercinta ini, dengan nilai kasih sayang dan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina, janganlah kita runtuhkan hanya kerana mencari keuntungan sementara.

12.     Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan bulanan pada kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun