red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bi34 produk bi perisian bi
penyelidik bm awam bm warga bi mobile apps aplikasionline bi

Print

Perhimpunan Bulanan Bil. 8/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2011

PADA 9 Ogos 2011

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

 

1. Syukur  alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 8/2011.

2.       Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan selamat menyambut Bulan Ramadhan al mubarak kepada semua warga NAHRIM. Bulan Ramadhan yang mubarak merupakan satu anegerah yang besar dari Allah kepada Orang Islam yang menghargainya. Di dalam satu hadith terdapat kenyataan             ” Sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadhan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan”.

 

4. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mana pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Nabi Muhammad S.A.W, telah menarik perhatian umat islam, kepada empat perkara dan telah memerintahkan kita untuk memperbanyakkannya di bulan ramadhan iaitu;

  • Kalimah tayyibah ( la ila ha illah );
  • Istighfar;
  • Doa meminta syurga; dan
  • Doa meminta perlindungan dari neraka.

 

5.       Warga NAHRIM sekalian, apalah susahnya, di samping segala urusan duniawi, lidah kita mewiridkan selawat, ataupun kalimah tayyibah. Ambillah peluang di bulan ramadhan ini, untuk meningkatkan ibadah masing-masing.  Petikan daripda perutusan YAB Dato’ Sri Perdana Menteri Malaysia Mohd Najid B. Tun haj Abdul Razak “Hakikatnya bulan ini menggalakkan kita untuk sering bersedekah dan berkongsi juadah.  Bulan di mana kita menzahirkan keprihatinan kita kepada jiran dan handai taulan kita tanpa mengira b atas kaum dan agama.  Inilah masanya juga kita sama-sama berdiri di dalam satu saf untuk solat berjemaah dan bertarawih.  Bulan ini juga mengunjurkan kita mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama kita.  Pendek kata, suntikan perasaan kerahmatan ini amat sesuai untuk membayarkan ‘Gagasan 1Malaysia’.

Malah ianya membentuk konsep ‘penerimaan’ sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara ini.

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

6.       Sepanjang bulan Julai yang lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

I Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) NAHRIM 2010 pada 11 Julai 2011 di Auditorium NAHRIM. Anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan.  Sempena keputeraan DYMM Yg Dipertua Agong pada 5 Jun 2011, Ms. Ong telah dianugerahkan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN), Puan nora telah dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN).

II        Program Integriti R&D NAHRIM 2011 pada 19-21 Julai 2011 di Pulau Tioman, Pahang. Anjuran Bahagian Perancangan dan Penilaian

III Persidangan Kebangsaan Impak Perubahan Iklim Terhadap Sumber Air pada 25 Julai 2011 di Dewan Baibudi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Anjuran pusat Kajian Sumber air.

 

 

IV       National Seminar on Sea Level Rise Due to Climate Change Impact pada 28 Julai 2011 di Residen Hotel, UNITEN Bangi. Anjuran Pusat Kajian Pantai.

7.       Selain itu, kita juga telah menerima empat lawatan dari pelbagai pihak ke NAHRIM. Tiga daripanya adalah pada 7 Julai 2011;

I.        Lawatan Sambil Belajar Oleh Universiti Kuala Lumpur pada jam 9 pagi ( BPP );

II        Lawatan Delegasi dari Institute Water of Modelling (IWM) pada jam 11.00 pagi ( BPP & PKP); dan

III Lawatan oleh Korea Water Research Association (KWRA) pada jam 2.30 petang. ( BPP & MHI)

8.       Selain daripada itu juga, NAHRIM telah menerima Lawatan ke MHI dan MKA oleh Timbalan Ketua Setiausaha II, Dr. Abdul Rahim b. Hj. Nik pada 11 Julai 2011.

9.       Pada 26 Julai 2011 pula, saya dan beberapa orang pegawai NAHRIM telah mengikuti Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim, JKR. 

 

10.     Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Cuti Raya

11.     Saya memohon agar semua warga merancang cuti raya dengan baik dan adil. Pengarah perlu memainkan peranan masing-masing agar ada pegawai bertugas pada hari bekerja pada minggu hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi.

Keselamatan Pejabat

12.     Ini selaras dengan keselamatan di NAHRIM. Kita semua sedia maklum bahawa Setiap Pusat kajian/Bahagian menyimpan dan bertanggungjawab menjaga aset kerajaan. Diharap semua warga NAHRIM, sama-sama memikul tanggungjawab ini sebaik yang mungkin bagi mengelak sebarang masalah berlaku.

Penutup

 

 

 

 

Salam Aidilfitri

13.     Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga NAHRIM.

Sehari sudah; lesu berpuasa,
Hidangan berbuka; sudah tersedia,
Jangan kamu; membazir masa,
Mulai beribadat; semasa belia,

 

 

Sungai disusur; sehari-hari,
Dalam gelap; menangkap ikan,
Kami menyusun; sepuluh jari,
Salah dan silap; harap maafkan.

 

 

Cincin disarung; hati berdebar,

Jaringan lembut; wajah terhias,

Ramadhan disambut; penuh sabar,

Raya disambut; dengan meriah.

 

 

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun