PENGENALAN
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia atau NAHRIM telah ditubuhkan pada bulan September 1995 di bawah Kementerian Pertanian. Mulai April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. NAHRIM mempunyai keupayaan di dalam kedua-dua simulasi hidrodinamik fizikal dan numerik, kajian penyelidikan dan proses-proses morfologi dan ekologi serta interaksi mereka dengan aktiviti-aktiviti manusia.
![]() |
![]() |
![]() |
NAHRIM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam perkhidmatan perundingan dan penyelidikan kejuruteraan hidraulik bagi memenuhi keperluan kedua-dua sektor awam dan swasta.
NAHRIM menawarkan khidmat kepakaran di dalam perancangan projek, penilaian impak dan penyelidikan dalam semua aspek kejuruteraan hidraulik yang merangkumi kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai/pelabuhan, pembangunan sumber air serta kualiti air dan alam sekitar.
NAHRIM mempunyai rangkaian kerjasama pakar-pakar di dalam bidang-bidang berkaitan (tempatan dan asing) yang bersedia menawarkan perkhidmatan apabila diperlukan. Usaha penyelidikan dan pembangunan di NAHRIM disokong penuh oleh pembangunan produk, inisiatif-inisiatif pemasaran, teknologi maklumat dan kelengkapan peralatan terkini.
BIDANG UTAMA
Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan khidmat
perundingan dan pengurusan:
-
Sumber Air
-
Sungai
PantaiKualiti Air dan Alam Sekitar VISIGeohidrologiMenjadi sebuah Pusat Rujukan Penyelidikan Air dan Persekitrannya yang unggul di dunia menjelang tahun 2030.
MISIMemberi perkhidmatan cemerlang sebagai pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang air dan persekitarannya untuk memastikan pembangunan negara yang mampan demi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.
DASAR-DASAR NAHRIM
a) Dasar Utama
Merangsang dan menggiatkan usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan
(R& D) berkaitan dengan pengurusan sumber asli air serta pemuliharaan alam
sekitarnya untuk menambah nilai pembangunan negara.
b) Dasar Kualiti
Beriltizam untuk menghasilkan penemuan R&D hidraulik air
permukaan (sistem saliran mesra alam, pengurusan sungai dan
pantai) dan geohidrologi yang berkualiti bagi mencapai kepuasan
pelanggan dan kecemerlangan organisasi
Menghasilkan produk-produk inovasi mesra alam yang dapat mengurangkan
impak kadaralir puncak kepada alam sekitar dan pencemaran sumber air
melalui pemakaian kaedah kawalan di punca.
PELANGGAN NAHRIM
Pelanggan Luaran:
Agensi Pusat, KEmenterian, Jabatan/Agensi Kerajaan, Sektor Swasta, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, Penduduk Setempat, Agensi/Pertubuhan Luar Negara, Pusat-pusat Kajian dan Pengajian Tinggi.
Pelanggan Dalaman:
Warga Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)PIAGAM PELANGGAN
-
Menjadikan NAHRIM sebagai pusat sumber ilmu kebangsaan berkaitan air dan persekitarannya yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan R&D untuk kegunaan pelanggan dalaman dan luaran.
-
Memberi perkhidmatan R&D yang profesional bagi merancang, merekabentuk, melaksanakan dan megurus dalam masa yang ditetapkan berkaitan air dan persekitarannya.
-
Memberi perkhidmatan berasaskan prinsip-prinsip sains gunaan dan kejuruteraan yang kukuh bagi pengurusan sumber air yang berkekalan dengan mengambilkira keperluan sosio-ekonomi negara.
-
Memeberi maklumbalas dan ulasan teknikal berkaitan air dan persekitarannya dalam tempoh 4 minggu.
-
Memberi maklumbalas dan ulasan teknikal berkaitan hidraulik sumber air dalam tempoh 4 minggu.
-
Memberi khidmat pengurusan korporat yang berterusan.
-
Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam sektor air seperti sumber air, sungai, pantai, geohidrologi dan kualiti air.
-
Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua pihak khasnya sektor awam dan swasta, dalam menangani masalah-masalah berkaitan air dan persekitrannya.
-
Berperanan sebagai Pusat Fokal Kebangsaan dalam penyelidikan berkaitan air dan persekitarannya dengan menjadi penyelaras di peringkat kebangsaan dalam semua penyelidikan berkaitan serta mengambil bahagian dalam aktiviti penyelidikan antarabangsa secara duahala dan / atau berbagai hala; dan
-
Berperanan sebagai penasihat dalam perkara-perkara berkaitan air dan persekitarannya dalam memastikan pembangunan ekonomi negara yang mampan
-
Bulatan melambangkan persekitaran global dan anak panah melambangkan kitaran hidrologi yang berterusan.
-
Garisan pertama di dalam bulatan melambangkan ombak yang terbentuk.
-
Garisan kedua dan ketiga melambangkan sistem sungai.
-
Warna biru melambangkan keprihatinan kami terhadap persekitaran air sedunia.


