KENALI NAHRIM

(Berita Kelab Kebajikan, Sukan Dan Sosial)

BIRO SUKAN – PENCAPAIAN DAN PERANCANGAN
Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 2007 telah diadakan di Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) pada 29 Jun hingga 1 Julai 2007. KENALI melalui NAHRIM telah mengambil bahagian di dalam acara sukan Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki, Catur, Futsal Lelaki, Karom, Snooker, Tarik Tali, Bowling Lelaki dan Wanita. Hanya acara Tarik Tali sahaja yang dapat sampai ke pusingan separuh akhir dan mendapat tempat ke-3. Lain-lain acara hanya mendapat mata penyertaan sahaja.

Pada tahun 2009, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan akan datang. Oleh yang demikian Biro sukan KENALI telah merancang dan mengatur strategi untuk menumpukan beberapa acara sukan bagi menyertai kejohanan tersebut. Di antara sukan yang dipilih adalah seperti berikut :

i. Tenis
ii. Bola Jaring
iii. Bola Tampar Lelaki dan Wanita
iv. Catur
v. Futsal Lelaki
vi. Karom
vii. Snooker
viii. Tarik Tali
ix. Bowling Lelaki dan Wanita

Bagi memenuhi hasrat tersebut, Biro Sukan KENALI akan mengadakan kejohanan di peringkat NAHRIM dan perlawanan persahabatan dengan jabatan-jabatan di bawah NRE.
   
 
BIRO KEROHANIAN - IBADAH KORBAN DI NAHRIM TAHUN 2007
Biro Kerohanian KENALI dan Pihak Pengurusan Surau NAHRIM akan bekerjasama untuk mengadakan Ibadah Korban buat kali pertama pada 12 Disember 2007 ( 2 Zulhijjah 1428)
  • Tempoh peserta yang mengambil bahagian dalam Ibadah korban ini bermula pada 2 November 2007 sehingga 9 November 2007
  • Kos untuk satu bahagian sebanyak RM 350.00
  • Maklumat program akan di emailkan selepas nama peserta diperolehi.
  •